Friday, September 19, 2008

Papan Dam

Sekitar akhir 80an dahulu jiran sebelah rumah mak ada perniagaan kedai runcit. Di sebelah petang mereka jual Air Batu Campur, ais kepal, keropok, air kelapa dan lain-lain. Hampir setiap petang aku lepak di di situ. Lebih-lebih lagi tempat itu memang jadi tumpuan para kutu dan orang dewasa.

Aku bukanlah ingin makan minum sangat selalunya. Aku masih anak-anak sekolah rendah. Aku hanya ingin mendengar dan melihat gelagat manusia dewasa yang lepak di situ selain tumpang baca akhbar atau majalah secara percuma.

Tetapi paling menarik perhatian ialah terdapatnya sekeping papan dam haji. Memang setiap hari ada saja pemainnya. Tak kira masa. Lebih-lebih lagi sebelah petang selepas asar. Aku memang selalu ralit dan asyik dengan segala sorong tarik dan taktik permainannya. Walaupun tak serumit catur, tapi permainan dam haji ini juga ada seninya.

Sepatutnya permainan ini hanya satu lawan satu. Sama seperti catur. Tapi selalunya apabila terlalu ramai, ia bukan lagi satu lawan satu. Di belakang pemain A dan pemain B akan ada sahaja tukang-tukang fikirnya. Sehingga kadang-kadang buah yang di sorong itu bukan lagi hasil fikiran pemain itu lagi. Hanya jalan saja atas arahan manusia-manusia dibelakangnya. Ramai pula tu. Malah kadang-kadang sampai bergaduh-gaduh pula.

Benarlah kata Allahyarham T. Alias Taib – penyair yang selalu membuat aku terpegun dengan metafora-metaforanya yang segar, kehidupan ini memang tak ubah seperti papan dam. Aneh tapi itulah hakikat yang selalu kita jumpa tapi jarang kita renung. Lihatlah apa yang berlaku hari ini. Tafsirlah sendiri.

Papan Dam

papan dam itu
papan nasib

orang tidak jemu-jemu
bermain dengan buah dan petaknya
ada yang menyorong buah
dengan mudah
dan sukar dikalahkan
ada yang tersalah sorong
lantas menyerah
sebelum dikalahkan

papan dam itu
papan kehidupan

padanya orang tersimpul
dalam belitan takdir
dan terperangkap
dalam jerat keadaan
ada yang tertidur di meja mesyuarat
dan berjaga di malam pekat
ada yang sampai pada impian
ada yang terkulai dalam harapan

1987

Kumpulan Puisi ‘Piramid’
DBP 1990

7 comments:

Ojie said...

bila kau kat sini, jiwa kau lbh lembut la bro..ketenangan dpt bila baca blog ko nih..

komen tambahan: sila buang word verification itu.

poyotito said...

gua setuju dengan ojie.

tapi betul cakap lu tu, main dam haji tu nampak je cam senang. penuh dengan tactical beb!

man_helang said...

aku setujugak ngan ojie n poyo...HIDUP BAGAIKAN DAM HAJI??? aku kene bermetafora gak lah...

Rahimin Idris said...

ojie,
sini sebenarnya aku tulis macam syok sendiri je. tapi kalau kau suke, baca la.
terima kasih.

aku dah buang word verification tu.

poyotitos,
hahaha gua minat main ni dulu!

man helang,
hahaha ok ke gua tulis ni?

Redz da Tsar said...

aku sokong ojie...blog petak petak hidup ialah blog air jernih mengalir dari gunung yang sejuk....

aku sokong poyo, dam aji permainan yang mengajar erti fikir...

aku sokong man helang bila die kate unsur simile, hidup bak dam aji...

jap, ape yg aku tulis nie?

Kikuri-hime said...

Nice... extended metaphor. Kalu ko rajin, cuba carik robert frost punya poem kat google, "The Road Not Taken". Teknik yg digunakan sama. nasib manusia disama ertikan dengan jalan yang di pilih...

P/S-
I like this entry...

Rahimin Idris said...

wan,
haha apa yang kau baca wan. eh, sesekali layan perasaan sendiri ok gak apa..

kikure-sen,
ya. aku pernah baca robert frost. memang dia rujukan Allahyarham T Alias Taib juga aku rasa. Ada pengaruh Robert Frost dalam kebanyakan puisi beliau.

terima kasih.